DuniaSemasa

Seorang ayah tidak mahu melepaskan tangan anaknya yang maut di bawah runtuhan gempa

KAHRAMANMARAS: Berlegar foto di media sosial yang menunjukkan seorang ayah masih memegang erat tangan anak perempuannya, yang menjadi korban bencana gempa bumi di Turkiye.

Mesut Hancer duduk di celah-celah runtuhan, sambil memegang tidak mahu lepas tangan anak perempuannya,15 tahun, yang berada di bawah runtuhan.

Imej itu adalah gambaran kesedihan yang dirasai oleh beribu-ribu keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam gempa itu. Pasukan penyelamat di lapangan menjangkakan sehingga 20,000 mungkin terbunuh di Turkiye dan Syria.

Usaha menyelamat masih diteruskan tetapi mempunyai beberapa halangan seperti cuaca sejuk dan kekurangan jentera bagi operasi mencari di bawah runtuhan bangunan.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button