SemasaSukan

Senegal berjaya julang Piala Negara-Negara Afrika

Sadio Mane menjadi hero selepas berjaya meladakkan gol penentu pada sepak penalti

YAOUNDE : Senegal meraih gelaran pertama Piala Negara-Negara Afrika menerusi kemenangan 4-2 mengatasi juara tujuh kali itu Mesir selepas seri 0-0 di Yaounde sebentar tadi selepas Sadio Mane meledak gol kemenangan dalam penentuan penalti pagi tadi.

Pada tahun 2019, negara barat Afrika itu tewas kepada Algeria. Walaubagaimana pun, Sadio Mane berjaya mencipta sejarah buat negara beliau selepas berjaya menduduk negara Mesir pada penentuan sepak penalti.

Sebelum itu, penyerang sayap kiri kelab Liverpool itu gagal menyempurnakan penalti pada awal permainan tetapi pujian harus diberikan kepadanya kerana mempamerkan rentak permainan yang konsisten sepanjang perlawanan itu,

Penjaga gol Senagal, Edouard Mendy berjaya menyelamatkan cubaan Mohanad Lasheen pada penentuan penalti itu bagi memberikan Mane peluang mencipta kemenangan buat Senegal.

Rakan seperjuangan kelab Liverpool iaitu Mohamed Salah, gagal memintas aksi cemerlang Mane dan mengakibatkan Mesir menanggung kekalahan pada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika. Mesir perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Mohamed Abo Gabal kerana mampu sampai ke penentuan penalti apabila dia cemerlang menyekat Senegal sepanjang perlawanan itu berlangsung.

Ia juga satu kejayaan buat jurulatih Senegal, Aliou Cisse, yang menjadi kapten skuad itu pada 2002 apabila mereka tewas pada final menerusi penalti di tangan Cameroon selepas seri tanpa jaringan.

Related Articles

Back to top button