MANILA : Sembilan maut manakala, 11 lagi dilaporkan hilang ekoran banjir dan tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat dari lautan tropika Kompasu, kata pihak berkuasa pada Selasa.
Ribut Tropika Kompasu menyebabkan kira-kira 1,600 penududuk tempatan dipindahkan, lapor Reuters.
Dilaporkan ribut berkenaan bergerak ke arah barat, barat laut dengan kelajuan 20 km per jam, dengan angin bertiup kencang 100 km hingga 125 km per jam.
Menurut agensi bencana seramai empat orang terbunuh akibat tanah runtuh di wilayah Benguet dan seorang lagi lemas di wilayah Cagayan.
Pihak berkuasa kini sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat 11 orang yang hilang akibat tanah runtuh.
Filipina merupakan negara yang mempunyai lebih dari 7,600 pulau dan sering berdepan dengan 20 ribut atau taufan setiap tahun.
Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roque berkata, kerajaan masih memantau tindak balas yang sepatutnya diambil terhadap bencana itu.