Covid19Semasa

SelVax Komuniti kini dibuka untuk pendaftaran vaksinasi

SHAH ALAM – Program Vaksin Selangor (SeIVax) kini dibuka bagi pra-pendaftaran bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin Covid-19 secepat mungkin.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pendaftaran itu mula dibuka selama 10 hari bermula pada Selasa hingga 13 Ogos ini.

“Orang ramai boleh menggunakan kod baucar tertera di poster bagi mendapatkan vaksin di PPV berhampiran bermula jam 9 pagi hingga 6 petang,” katanya yang memuat naik status dan info grafik di Facebook beliau pada Selasa.

Siti Mariah berkata, orang ramai diingatkan memuat naik aplikasi SeLangkah untuk membuat pendaftaran.

Mengulas lanjut, Program SelVax ini adalah percuma kepada penduduk Selangor berusia 18 tahun ke atas.

Tambah beliau, sebanyak lima slot vaksinasi bagi program SelVax kepada penduduk warganegara.

“Lima slot itu ialah di Tropicana Garden Mall, Kota Damansara, Evo Mall, Bandar Baru Bangi, Hotel De Palma, Shah Alam dan Aurora Place, Bukit Jalil.

“Bagi slot vaksinasi bukan warganegara pula diadakan di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya yang hanya bermula pada 10 hingga 13 Ogos,” katanya.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button