DuniaKemanusiaanPalestin

Selepas Haghia Sofia, Erdogan ikrar bebaskan Masjidil Aqsa

Terus perjuangkan hak Palestin

ANKARA : Selepas kejayaan menukar semula status Hagia Sophia kembali menjadi sebuah masjid, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berikrar akan membebaskan Masjidil Aqsa.

Penukaran masjid itu berusia 500 tahun itu, mengangkat imej Erdogan sekaligus Turki dilihat sebagai sebuah negara yang melalui proses kebangkitan Islam.

Memetik The Times Israel, akhbar itu menyiarkan laporan menyelar Erdogan yang mengakui Baitul Maqdis kepunyaan Turki.

Ungkapan tersebut, menunjukkan iltizam kuat pemimpin Turki itu terhadap pembebasan Al Aqsa seperti dihujahkan panjang lebar dalam ucap tama beliau pada sesi pembukaan parlimen baharu 1 Oktober lalu.

Presiden Turki memakai pelitup muka ketika menyampaikan ucap tama pembukaan sesi Parlimen baharu Turki pada 1 Oktober lalu. – AP

Dalam ucapan itu Erdogan menegaskan Baitul Maqdis adalah milik Turki, merujuk kepada penguasaan kota suci itu pada zaman pemerintahan Kerajaan Othmaniah.

“Pada perang dunia pertama, kami terpaksa hidup dalam tangisan, masih boleh lagi dilihat tinggalan Othmaniah di sini, Jadi, Baitulmaqdis adalah bandar kami. Inilah kiblat pertama kami (orang Islam) Aqsa dan Dome of the Rock adalah simbol kepada pegangan kami, bandar itu adalah kota suci bagi orang Kristian danĀ  Yahudi” – Recep Tayyip Erdogan

Selain mengungkapkan sejarah Baitulmaqdis, Erdogan juga menyatakan kesukaran dan penderitaan yang terpaksa dialami penduduk Palestin di atas tekanan keganasan serta kebiadapan Zionis yang juga mengabaikan privasi Baitulmaqdis

Beliau merujuk seni bina asli BaitulMaqdis yang pembaharuannya telah dilakukan oleh Nabi Sulaiman.

MenurutnyaĀ  dari zaman nenek moyang mereka menjaga kota suci itu dan meletakkan penghormatan yang tertinggi kepada kiblat pertama orang-orang Islam.

Beliau turut bersumpah akan sentiasa mengekori isu masyarakat Palestin, yang memiliki Baitulmaqdis beribu-ribu tahun lamanya namun hak mereka terus dicabuli.

Sementara itu, Menteri Luar Israel enggan mengulas kenyataan cukup tegas Erdogan berkenaan.

Erdogan pernah mengungkapkan, perubahan status Hagia Sophia menjadi masjid adalah usaha awal untuk langkahĀ  pembebasan Aqsa.

Hasrat beliau itu pernah dilaporkan oleh akhbar milik zionis Jerusalem Post pada Julai lalu.

Ucapan beliau dalam bahasa Turki diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh akhbar itu mengaitkan keputusannyaĀ  untuk menghidupkan kembali Islam dari Bukhara ke Uzbekistan sampai ke Andalusia di Sepanyol .

Terminologi ini, menghubungkan al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan Hagia Sophia dan Spanyol.

Hagia Sophia pernah menjadi masjid pada tahun 1453 ketika zaman penaklukan Konstantinopel.

Erdogan sendiri telah lama dikenali sebagai antara pemimpin yang memperjuangankan hak rakyat Palestin daripada terus berada dalam cengkaman penindasan rejim Zionis.

Digelar ā€˜Singaā€™ Islam, Ā kelantangan Erdogan bukan calang-calang pihak yang mampu berlawan cakap dengan Presiden Donald Trump, malah beliau tidak gentar menghambat kecaman Israel.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button