Selar Israel di Facebook, doktor kanak-kanak dipecat
``Israel rasis, ganas dan kanibalisme''- Dr Fida
ARIZONA : Gara-gara memuat naik satu hantaran di laman Facebook, mengkritik mengenai Israel, seorang doktor hospital kanak-kanak di Arizona, Amerika Syarikat dipecat.
Al Qudsi al Arabi melaporkan, Dr Fidaa Weshah, yang berasal dari Semenanjung Gaza disingkirkan daripada perkhidmatannya di Hospital Phoenix.
Dr Weshah, seorang radiologis kanak-kanak, dalam tulisannya menyelar mengenai Palestin yang disifatkan sebagai satu negara keganasan, rasis, dan kejahatan sejak sekian lama.
“Israel boleh mengebom agensi media, di Gaza, dan studio-studio besar tapi kami masih ada telefon bimbit dan platform media sosial untuk menunjukkan pembunuhan beramai-ramai, dan kegiatan kanibalisme yang dilakukan Zionis dengan bangganya.”- Dr Fidaa Weshah
Tambahnya, dari ruang jendela, dari jalanan dan dari kawasan yang rosak, masyarakat Palestin akan menunjukkan tembelang sebenar Israel. “ Kami akan dedahkan kedahagaan Israel terhadap darah kanak-kanak Palestin, daripada platform kecil kami.”
Selepas menulis demikian, ramai pengguna media sosial mendesak pentadbiran Hospital Kanak-kanak Phoenix memecat beliau.