SHAH ALAM : Berikutan kes Covid-19 yang meningkat sejak akhir-akhir ini, Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya, Kuala Selangor ditutup tiga hari bermula hari ini.
Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya, Kuala Selangor ditutup tiga hari bermula hari ini bagi proses sanitasi.
Pusat agro pelancongan itu memaklumkan di Facebook mengenai penutupan itu dibuat bagi memberi laluan proses sanitasi dijalankan.
“Justeru itu, SFV mengambil langkah pencegahan dengan melakukan sanitasi seluruh kawasan,” menurutnya.
“Pihak SFV amat prihatin terhadap perkembangan jangkitan wabak itu yang semakin bertambah.
Dalam pada itu, pusat tersebut akan kembali beroperasi semula seperti biasa pada Sabtu 19 Februari ini.
SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.
Tambah menarik terdapat lebih 3,000 sarang kelulut di ladang itu menjadikannya sebagai pengeluar madu kelulut terbesar di Semenanjung Malaysia.