KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, pada jam 10 malam pada 10 malam semalam.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada 8.50 malam untuk disembahyangkan selepas solat Isyak dan tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 9.30 malam.
Jenazah diiringi isteri, Rahaiah Baheran serta anak perempuan Allahyarham yang juga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar.
Kalangan ahli keluarga,rakan dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir dalam upacara pengebumian itu.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli hadir ke masjid untuk memberi penghormatan terakhir.
Allahyarham yang berusia 98 tahun disahkan meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira jam 4 petang Selasa (15 Dis)
– Muhammad Arshad Bin Azmi (Pelatih Fakulti Animasi UITM)