Sekurang-kurangnya satu dos vaksin, Arab Saudi benarkan pelancong masuk
ARAB SAUDI : Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa pelancong dari semua negara akan dibenarkan masuk jika mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Menurut Agensi Akhbar Saudi (SPA), Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam menghantar arahan baharu itu kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang Arab Saudi yang akan berkuat kuasa mulai 4 Disember, hari Sabtu.
Pekeliling itu menjelaskan bahawa penerbangan terus dari semua negara akan dibenarkan di negara itu dengan menjalankan tempoh kuarantin selama tiga hari mandatori selain telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.
Syarikat penerbangan juga dinasihatkan untuk memberi pengetahuan kepada pelancong tentang kepentingan mematuhi langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM