DuniaSemasa

Sekurang kurangnya 47 terbunuh di Afghanistan

Pakistan melancarkan serangan udara mensasarkan timur Afghanistan

KABUL: Angka kematian akibat serangan udara tentera Pakistan di wilayah timur Afghanistan Khost dan Kunar telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 47, semalam.

Menurut pegawai tempatan di Khost, 41 orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dan 22 yang lain cedera dalam serangan udara oleh tentera Pakistan berhampiran sempadan Durand di wilayah Khost.

Serangan udara itu turut melanda rumah kediaman di Khost dan Kunar di sepanjang sempadan Islamabad. Sebelum itu pihak berkuasa tempatan juga turut memaklumkan bahawa pihak Taliban melancarkan roket ke arah timur negara tersebut.



Kementerian Luar di Islamabad menggesa pihak berkuasa Taliban di Kabul untuk mengambil “tindakan tegas” terhadap militan yang melancarkan serangan terhadap Pakistan. Tentera Pakistan setakat ini tidak memberikan sebarang komen mengenai serangan itu.

Ketegangan sempadan antara Pakistan dan Afghanistan meningkat sejak Taliban merampas kuasa tahun lalu. Tambahan pula, Islamabad mendakwa kumpulan militan melakukan serangan daripada tanah Afghanistan.

Walaubagaimanapun, pihak Taliban menafikan bahawa mereka melindungi militan Pakistan. Ekoran tembok pagar yang didirikan di sempadan Islamabad sepanjang 2,700 kilometer, ia membuatkan pihak Taliban berang.

Related Articles

Back to top button