SemasaSyria

Sekurangnya 9 maut selepas jet Rusia bom Idlib di Syria

IDLIB: Jet Rusia mengebom kem berhampiran bandar Idlib di barat laut Syria pada Ahad, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang awam dalam serangan yang memuncak ke atas kubu terakhir yang dikuasai pembangkang, kata saksi dan pasukan penyelamat.

Pesawat perang yang terbang di altitud tinggi, dibantu oleh artileri Syria, turut menjatuhkan bom di hutan berhampiran kem sementara di barat Idlib, menurut Reuters.

Tiada pengakuan dari Rusia atau sekutunya dalam militan Syria, namun sebelum itu mengatakan mereka menyasarkan tempat persembunyian kumpulan pemberontak dan menafikan menyerang orang awam.

Foto terakhir Hussein Bakir ketika mendukung bayinya Azzam yang menjadi mangsa tragedi serangan bom pada Ahad

Perkhidmatan pertahanan awam pembangkang berkata 3 kanak-kanak dan seorang wanita adalah antara yang terbunuh dalam serangan di kem-kem yang sesak di mana lebih 70 orang cedera dan dikejarkan ke hospital di dataran berhampiran.

“Tiada pangkalan tentera atau gudang malah berek pemberontak di sini. Hanya orang awam!” kata Seraj Ibrahim, seorang penyelamat dari organisasi White Helmets yang disokong barat, ketika dihubungi melalui telefon.

Lebih 4 juta pelarian Syria tinggal di kawasan barat laut yang dikuasai pembangkang padat penduduk di sepanjang sempadan Turki.

Sebahagian besar daripada mereka dihalau ke sana oleh kempen berturut-turut diketuai Rusia yang merampas semula wilayah yang dirampas oleh pemberontak.

Sumber pembangkang berkata gabungan kumpulan bersenjata yang diketuai oleh pertubuhan jihad Hayat Tahrir al Sham dan satu lagi diketuai pemberontak arus perdana yang disokong Turki bertindak balas dengan menyerang beberapa pos besar tentera Syria di rantau itu.

Tentera udara Syria menyerang kemudahan dron dan kem latihan militan di barat laut Syria sebagai tindak balas kepada serangan awal oleh pemberontak bersenjata, lapor agensi berita milik negara Rusia TASS semalam.

Media Syria tidak melaporkan sebarang pertempuran.

MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button