DomestikPendidikanSemasa

Sekolah yang memiliki lebih 600 orang murid laksanakan penggiliran

Kangar: 74 sekolah rendah di Perlis hanya 10 daripadanya melaksanakan penggiliran kehadiran ke sekolah pada persekolahan Penggal Pertama Sesi 2022/2023 hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman, berkata disebabkan sekolah berkenaan mempunyai murid yang melebihi 600 orang penggiliran dilakukan.

“10 buah sekolah ini akan melaksanakan penggiliran kehadiran ke sekolah membabitkan murid dari Tahun Tiga, Empat dan Lima dan kehadiran mereka akan bersilih ganti mengikut ketetapan sekolah.

“Bagi sekolah menengah pula, kita masih lagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk semua tingkatan selama dua minggu bermula hari ini kecuali pelajar Tingkatan Lima tahun lalu yang masih lagi menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sehingga akhir bulan ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pada 4 April depan semua pelajar sekolah menengah akan mula kembali semula ke sekolah masing-masing secara bersemuka.

“Bagi sesi bermula ini, seramai 25,865 murid sekolah rendah dan 19,841 pelajar sekolah menengah memulakan persekolahan di Perlis,” katanya.

Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Santan, Kangar mendapati 78 murid prasekolah dan 450 orang murid  Tahun Satu memulakan persekolahan pada hari ini.

Hujan lebat pada awal pagi tidak mematahkan semangat mereka untuk hadir ke sekolah seawal jam 6.45 pagi dengan diiringi oleh keluarga dan penjaga masing-masing.

Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) juga turut ditekankan apabila murid perlu membersihkan tangan mereka dahulu dengan dibantu oleh guru bertugas.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button