Semasa

Sekatan perjalanan tidak mampu halang penyebaran Omicron – WHO

GENEVA : Melaksanakan sekatan perjalanan secara menyeluruh tidak mampu menghalang penyebaran antarabangsa varian Omicron Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata meskipun Omicron dilabel sebagai ‘varian membimbangkan”, tindakan tersebut hanya akan menjejaskan punca pendapatan masyarakat, di samping menghalang negara-negara daripada melaporkan dan berkongsi data epidemiologi dan penjujukan.

Afrika Selatan melaporkan varian Omicron untuk kali pertamanya kepada WHO pada minggu lepas dan beberapa negara lain turut mengesahkan kes jangkitan Omicron.

“Apabila pihak berkuasa negara meningkatkan aktiviti pemantauan dan penjujukan mereka, varian Omicron dijangka dikesan di lebih banyak negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengucapkan terima kasih kepada Botswana dan Afrika Selatan kerana berjaya mengesan dan memberi laporan mengenai varian tersebut dengan begitu cepat.

Beliau turut menyifatkan tindakan yang diperkenalkan oleh beberapa negara anggota tidak berasaskan bukti dan menggesa negara-negara untuk mengambil langkah pengurangan risiko yang rasional dan bersesuaian selaras dengan Peraturan Kesihatan Antarabangsa.

Sementara itu, kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau belum menerima vaksin lengkah atau tidak mempunyai bukti jangkisan SARS-CoV-2 sebelumnya dan berisiko tinggi untuk dijangkiti dan mendapat penyakit dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke kawasan yang mempunyai penularan komuniti.

“Kajian lanjut sedang dijalankan bagi memahami mutasi ini dan kesannya terhadap kebolehjangkitan, virulensi, diagnostik, terapeutik dan vaksin,” katanya.

-BERNAMA

 

Oleh Hafeez Anuar

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button