KerohanianSemasa

Sejahterakan Malaysia, doa Sheikh Mishary Rashid Alafasy

KUALA LUMPUR: Qari terkenal dari Kuwait, Sheikh Mishary Rashid Alafasy hari ini mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan yang dihadiri bersama ribuan jemaah.

Sheikh Mishary turut mengalunkan bacaan surah al-A’la dan al-Qadr.

Selesai solat, Sheikh Mishary turut membacakan doa kesejahteraan buat rakyat Malaysia sebelum meninggalkan masjid berkenaan.

Difahamkan Sheikh Mishary akan berada di Malaysia bermula 1 hingga 6 Disember.

Sebelum itu, Khatib bertugas Ustaz Syapol Maarof bin Mohd telah menyampaikan khutbah yang bertajuk ‘Wakaf Menjamin Pembangunan Ummah’ kepada jemaah yang hadir.

BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button