TURKIYE : Seekor anjing penyelamat bernama Proteo yang diterbangkan dari Mexico untuk membantu mencari mangsa yang terselamat dari gempa, mati dalam misi di Turkiye.
“Kami amat kesal dengan kehilangan sahabat hebat kami iaitu anjing ‘Proteo,'” kata Kementerian Pertahanan Negara Mexico pada hari Ahad.
“Anda telah melaksanakan misi anda sebagai anggota Delegasi Mexico dalam mencari dan menyelamat saudara-saudara kita di Turkiye.Terima kasih atas kerja kepahlawanan anda,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang disiarkan di Twitter.
After the earthquakes in Kahramanmaras, the epicenter of the earthquake, the dog named Proteo, who worked with the team that Mexico sent to Turkey, was left under the rubble of the building that collapsed on him while he was searching🙏 pic.twitter.com/nNGibMRXgX
— Tansu YEĞEN (@TansuYegen) February 13, 2023
Anjing itu mati apabila ia tertimbun dengan sisa bangunan yang runtuh.
Proteo adalah salah satu daripada 16 ekor anjing yang dihantar ke Turkiye dari Mexico minggu lalu, untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat berikutan gempa bumi dahsyat minggu lalu.
Mexico, di mana gempa bumi kerap berlaku disebabkan persekitaran tektoniknya, terkenal dengan anjing mencari dan menyelamat yang terlatih.
Mexican rescue workers held a memorial service for Proteo, a search-and-rescue dog who died during earthquake rescue efforts in Turkey. Proteo reportedly rescued two people from collapsed buildings in Turkey before he died pic.twitter.com/GPpKScvAYq
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) February 13, 2023
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, kita digalakkan untuk berbuat baik serta menjaga kebajikan kepada anjing-anjing yang jinak dan tidak membahayakan seperti memberi makan dan minum, memberi rawatan jika ia cedera dan sebagainya, namun tidak dibolehkan untuk menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.
Para sahabat pernah bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا
Maksudnya: Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami atas perbuatan terhadap binatang juga ada pahala?
Rasulullah SAW bersabda:
نَعَمْ فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
Maksudnya: Benar, bagi setiap hati yang basah (bersikap rahmah) ada pahala. Riwayat al-Bukhari (2363).
WaAllahu a’lam.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia