Covid19DuniaSemasa

Sebarkan video makan ular untuk mengubati covid, seorang petani di India ditangkap

Kepercayaan semakin aneh

New Delhi : Selepas minum kencing lembu dipercayai dapat menghindari virus covid-19, seorang petani bernama Vadivelu, berasal dari Tirunelveli, Tamil Nadu, India, telah memuat naik video yang diberikan tajuk, ‘memakan ular untuk melindungi diri dari Covid-19’.

Menurut India Today, Vadivelu yang berumur 50 tahun percaya memakan ular akan bertindak seperti vaksin yang mencegah virus covid-19 daripada menjangkitinya.

Video dia yang sedang memakan ular berbisa jenis krait (ular katam belang) telah ditonton oleh pegawai perhutanan, dan menyebabkan dia ditangkap kerana ia melanggar undang-undang.

Menurut pegawai perhutanan, walaupun ular yang dimakannya itu sudah mati tetapi ia tetap berbisa dan boleh membawa maut.

“Walaupun dia mengunyah ular yang sudah mati, tetapi dia beruntung tidak mengigit kelenjar bisa ular tersebut.”

Vadivelu telah didenda RM400.00 oleh Jabatan Hutan India kerana membunuh ular dan menyebarkan dakwaan palsu tentang covid-19.

Sehingga saat ini India kekurangan pasukan kesihatan bagi menghadapi virus covid-19. Untuk vaksin, hanya empat peratus daripada 1.35 bilion rakyat India yang sudah divaksin.

Sumber : Kompas

Related Articles

Back to top button