Sayangi haiwan seperti sayangi diri sendiri
Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today
Islam menekankan sifat penyayang bukan saja sesama manusia tetapi terhadap makhluk Allah yang lain. Islam mengharamkan sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan ke atas makhluk ciptaan-Nya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai hambaKu, Aku telah haramkan bagiku kezaliman dan Aku juga telah jadikannya haram dalam kalangan kamu. Maka janganlah kamu saling berbuat zalim.”
(Riwayat Imam Muslim)
Sejak zaman Rasulullah SAW memelihara haiwan telah menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Abu Hurairah digelar bapa kucing kerana sentiasa membawa kucing bersamanya.
Segelintir manusia kini bertindak kejam terhadap haiwan. Akta Kebajikan Haiwan 2015 melalui seksyen 29 hingga 31 menggariskan bentuk-bentuk penganiayaan terhadap haiwan dan memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 sehingga RM100,000 serta penjara sehingga tiga tahun sekiranya didapati bersalah menganiaya haiwan.
Dalam satu riwayat, Rasulullah SAW melihat sarang lebah telah dibakar seseorang sehingga hangus sarang itu.
Baginda bertanya, “Siapakah yang membakar sarang lebah ini?”
Maka dijawab sekumpulan orang di situ, “Kami yang membakar sarang lebah itu wahai Rasulullah.”
Muka Rasulullah SAW berubah setelah mendengar jawapan kumpulan itu lalu baginda membuat teguran dengan sabdanya yang bermaksud, “Kamu tidak boleh menyeksakan dengan api kecuali Tuhan yang menciptakan api itu.”
Islam mengajar umatnya untuk pupukkan nilai sayangi haiwan dalam diri. Kerajaan juga perlu mengukuhkan hubungan dengan agensi kerajaan, institusi dan sebagainya dari semasa ke semasa.
Bertindak kejam terhadap haiwan adalah perkara yang semakin membimbangkan. Kita sebagai umat Islam tunjukkan nilai-nilai Islam kepada masyarakat bagi mengelakkan perkara ini berlaku.