Kerohanian

Sayang kamu, bidadariku! restu ibu kepada Neelofa

Imej baharu Neelofa berpurdah

BANGI : Dua hari selepas penampilan baharunya, Neelofa melakukan aktiviti seperti biasa.

Pagi tadi jam 7:40 pagi,  di talian telegram, Neelofa seperti lazimnya berkongsi ilmu-ilmu agama, dan hari ini kupasan surah Al-Araf ayat 48 bersama Ustaz Arif.

“Mohon maaf, Neelofa tidak mahu disalah anggap seolah-olah beliau meraikan penampilan imej barunya.”

Demikian UmmahToday diberitahu oleh pihak pengurusan beliau setelah cuba mendapatkan reaksi berapa ramai peminat beliau kini terhadap imej baharunya itu.

Kami menghormati privasi beliau dan pengurusan memberitahu doakan Neelofa seperti mana yang pernah dinyatakan Neelofa pada hari pertama beliau mengeluarkan kenyataan berhubung penampilannya itu.

Tiga hari lalu, Neelofa memuat naik melalui instagramnya dengan penampilan berpurdah beserta ayat al-Quran dari  Surah Yunus – ayat 26.

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” 

Sehari kemudian, Lofa memuat naik lagi sebuah gambar dengan berpurdah hingga mencetuskan pelbagai persoalan daripada peminat dan juga orang ramai.

Semalam setelah disahkan media, Neelofa mengharapkan semua peminat mendoakan beliau istiqamah dengan imej terbarunya itu.

“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” – Neelofa

Neelofa menghentikan spekulasi itu kepada BH Online.

Setelah mengeluarkan kenyataan itu, Neelofa, atau nama sebenar, Noor Neelofa binti Mohd Noor, sah memgambil keputusan memakai niqab dengan harapan untuk memperbaiki keperibadiannya.

Beliau telah mengucapkan terima kasih yang tidak kesampaian melalui story laman Instagram peribadinya.

Beliau juga mendapat sokongan, kiriman doa daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat–peminatnya.

Seorang ibu, sentiasa mendoakan yang terbaik buat permata hatinya.

Bagi ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, tiada kata yang dapat digambarkan hanya ucapan syukur kepada Allah Yang Esa dengan perubahan anak gadisnya itu.

Beliau meluahkan perasaannya, dalam tulisan beserta video beliau dan Neelofa yang dimuat naik di laman  Instagram beliau.

 “MashaAllah. Ya Allah, aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

Ya Allah, syukur atas hidayah untuknya yang Kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untuk ku, seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia. Amin…

Love you, bidadariku. @neelofa” – ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed,

Mereka kemudian dilihat berpelukan beberapa ketika sambil kedua-duanya mengalirkan air mata.

Neelofa bermula menjadi terkenal selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10.

Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 2011, dengan watak utama antaranya siri televisyen Kasih Najihah, Tahajjud Cinta.

Beliau juga menjadi pengacara dalam pelbagai rancangan televisyen, antaranya adalah MeleTOP  dan ditinggalkan pada Disember 2019.

Kini beliau bergelar usahawan berjaya dengan salah satu butik terbesar di Malaysia menggunakan nama Naelofar Hijab, yang menjual hijab dan pakaian sederhana dan muslimah.

#anakluarbiasa seperti kata ibunya, kami mendoakan Lofa istiqmah dan dalam rahmatNya sentiasa, Aamiin.

–  Zati Arish & Siti Zulaikha Yusri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button