EkonomiKemanusiaanKesihatanSemasa

“Mak cik rindu anak-anak mak cik.”

Sabak Bernam : Ibarat jatuhan domino, covid 19 bukan sahaja menjejaskan kesihatan, tetapi juga ekonomi dan hubungan sosial. Itulah kisah yang MAPIM Malaysia banyak temui semasa Misi Ummah Bantu Ummah di Sabak Bernam.

Gigih menyusur bendang menghantar bantuan
Sentiasa bersedia

Antaranya adalah kisah keluarga pertama ini, salah seorang penerima bantuan MAPIM Malaysia. Semasa ditemui di rumahnya, beliau sedang menunggu bersama dengan suami. Tengah hari yang panas seperti tidak dirasa apabila beliau menyambut MAPIM Malaysia dengan mesra.

Mesra menyambut kedatangan petugas MAPIM Malaysia

“Anak mak cik yang perempuan itu kerja RELA.”

Beliau lebih banyak bercerita tentang anak-anaknya. Beliau bercerita bagaimana covid membuatkan beliau dan anak-anak terpisah lama, dan bagaimana cabaran anaknya yang bertugas sebagai RELA pada musim PKP.

Sebagai RELA, anaknya bersama dengan pihak polis dan tentera berkawal di sekatan jalan raya. Tetapi kadangkala anaknya itu dimarahi atau disindir oleh pengguna jalan raya. Sedangkan anaknya cuma menjalankan tugas. Memang anaknya cuma RELA, tetapi itu semua dilakukan demi negara. Anaknya juga terpaksa berkorban apabila terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil di rumah. Apatah lagi RELA itu sendiri bukanlah ada pendapatan yang tetap.

Selain itu, beliau juga mengaku sangat rindu dengan anak-anaknya yang lain, yang terpaksa berjauhan akibat pendemik covid 19.

MAPIM Malaysia juga sempat menemui keluarga kedua, seorang perempuan tua yang kini menjaga suaminya yang sudah lumpuh. Beliau juga menangis apabila mengenangkan anak-anak yang jauh, tidak dapat pulang kerana PKP. Apatah lagi anak sulungnya juga dalam keadaan yang tidak sihat.

Rindu dengan anak-anak

Pada raut wajahnya memang jelas kerinduan kepada anak-anaknya. Sepanjang berbual, beberapa kali air matanya tumpah tidak dapat ditahan, sambil berkata, “Mak cik rindu anak-anak mak cik.”

Wakil MAPIM Malaysia hanya mampu memberikan kata-kata semangat.

Untuk semua keluarga ini, MAPIM Malaysia menyalurkan sumbangan yang berbentuk kotak makanan asas, cukup untuk bekalan selama sebulan. Ada banyak lagi kisah keluarga yang serupa, dan MAPIM Malaysia perlukan lebih banyak sumbangan daripada rakyat Malaysia yang dermawan supaya nasib mereka terbela.

Semoga dengan adanya suntikan vaksin, pandemik covid 19 akan segera berakhir dan beban ekonomi juga perasaan akan segera terhapus.

Sumbangan tilam
Bersama keluarga penerima sumbangan

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button