Dunia

Saudi Arabian mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar

Julung kalinya sejak 2017 selepas perjanjian damai

DOHA :  12 Jan – Selepas empat tahun persengketaan Doha dan Riyadh, hubungan kini terjalin kembali selepas kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk berdamai sekaligus menamatkan sengketa yang berlarutan selama hampir empat tahun.

Setelah jalan darat dibuka Sabtu lalu, jalan udara pula dibuka apabila pesawat milik syarikat penerbangan Arab Saudi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar pada Isnin malam buat julung kalinya sejak tahun 2017.

Memetik BERNAMA, Penerbangan lain dari bandar Jeddah dan Dammam, Arab Saudi juga akan disambung semula dalam beberapa hari lagi.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain juga mengumumkan pesawat penumpang Qatar Airways memaklumkan telah menggunakan ruang udara mereka.

Menerusi akaun rasmi di Twitter, penerbangan dari Doha ke Johannesburg telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada jam 9.13 malam (waktu tempatan).

Difahamkan, laluan penerbangan di ruang udara Riyadh akan memendekkan tempoh selama hampir sejam berbanding laluan bulatan di Laut Arab.

Sabtu lalu, lintasan sempadan Abu Samrah dibuka semula selepas Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir bersetuju menarik balik embargo yang dikuatkuasakan sejak tahun 2017.

Sementara itu menurut, Middle East Eye.com sumber di Qatar mengesahkan lintasan sempadan Abu Samrah terletak kira-kira 120 kilometer di selatan Doha sudah mula beroperasi.

Doha bagaimanapun telah mengumumkan peraturan ketat untuk mereka yang memasuki negara itu dari Saudi termasuk perlu mengemukakan keputusan negatif ujian saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin selama seminggu di hotel diluluskan kerajaan.

Pada 4 Januari lalu, Kuartet Arab itu, menandatangani perjanjian damai dengan Qatar ketika Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk di kota al-Ula, Saudi.

Al jazeera mengatakan, Menteri Luar Kuwait, Ahmad Nasser al-Sabah mengumumkan perjanjian telah dicapai untuk membuka ruang udara, darat dan laut antara Doha dan Riyadh selepas hubungan antara negara Teluk itu mula tegang susulan langkah boikot yang dilaksanakan ke atas Qatar pada 2017.

Ketika Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-41,  awal minggu lalu, kuartet Arab diketuai Riyadh bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir juga bersetuju untuk menarik balik embargo perjalanan dan perdagangan sebagai langkah memulihkan hubungan di rantau terbabit.

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button