PARIS : Satu-satunya sekolah masyarakat Islam di ibu kota Paris, ditutup oleh pihak berkuasa Perancis.
Penutupan itu berlaku ketika sentimen terhadap masyarakat Islam sedang memuncak di negara itu yang dihuni oleh 4.5 juta penduduk Islam di negara itu.
Ditubuhkan pada tahun 2015, kolej dan sekolah tinggi MHS, adalah sekolah menengah swasta di ibu negara Perancis.
Walaupun sekolah ini secara rasminya sekular dan mengikuti kurikulum kebangsaan, kebanyakan pelajarnya ialah beragama Islam.
“Kami adalah sekolah terbuka untuk semua budaya, keyakinan agama, asal usul,” kata salah seorang pengasas sekolah itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
“Kami tidak mengajar kursus mengenai agama.”
Keputusan menutup sekolah itu secara sewenang-wenangnya menyebabkan lebih daripada 110 pelajar tanpa penempatan di pertengahan tahun akademik, manakala 18 guru dan staf sokongan menganggur.
Pihak pentadbiran kesal dengan tindakan terburu-buru pihak kerajaan menutup sekolah itu yang dilakukan selepas satu pemeriksaan pada 17 November.
Pihak berkuasa datang bersama 40 orang membabitkan agensi pengawal, pihak polis, dan agensi kementerian.
Mereka mendakwa bahawa standard keselamatan bangunan itu tidak mencukupi.
Bagaimanapun pentadbiran sekolah berpendapat ubah suai sekolah dilakukan untuk memenuhi kewajipan hukum.
Mereka turut mempersoalkan mengapa institusi lain tidak dikenakan tindakan yang sama sedangkan berada di dalam satu bangunan.
Sekolah berpendapat bahawa pihaknya telah melakukan pengubahsuaian yang luas untuk memenuhi kewajiban hukum.
Pada tahun 2004, Perancis mengetepikan hak gadis Islam untuk memakai hijab di premis sekolah.
Pelajar perempuan dipaksa untuk menanggalkan penutup kepala di pintu pagar sekolah.
Sejak itu, ada sedikit pilihan yang membenarkan seorang wanita Islam meneruskan pendidikannya pada masa yang sama mempertahankan imannya.
MHS beroperasi dengan membenarkan kebebasan ini kepada pelajar wanita Islam.