KUALA LUMPUR : Satu kes Covid-19 varian UK B.1.1.7 dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada Disember lalu.
“KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
“Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, ia boleh menular dengan mudah dan cepat,”
Tan Sri Noor Hisham menasihati orang ramai sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.