Sarawak diramal hujan berterusan hingga Sabtu
KUALA LUMPUR : Hujan berterusan dan angin kencang dijangka akan berlaku di Sarawak sehingga Sabtu ini.
mengeluarkan ramalan mengenai amaran hujan berterusan dan angin kencang di Sarawak sehingga Sabtu ini.
Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) berkata ia membabitkan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dan (Waspada) di beberapa kawasan di Sarawak di 10 kawasan.
“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) hari ini membabitkan 10 kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dijangka berlaku sehingga Sabtu ini membabitkan tiga kawasan termasuk Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga); Bintulu (Bintulu dan Sebauh) serta Miri (Subis).
“Angin bertiup kencang dari arah timur laut dan dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya.