DomestikSemasa

Sambutan Mobile Clinic hari kedua semakin meriah

Penduduk Perumahan Awam Sri Kota semangat menghadiri pemeriksaan kesihatan percuma yang berlangsung untuk hari yang kedua pada hari ini.

Kebanyakan penduduk yang hendak menerima rawatan hadir seawal 8.30 pagi, dan sambutan sangat meriah dengan kehadiran penduduk yang berbilang kaum.

Jumlah pesakit pada hari kedua mencatatkan seramai lebih 50 orang, melibatkan pelbagai peringkat umur terutamanya golongan warga emas.


Dalam program yang meriah ini, disertai oleh petugas sukarelawan MAPIM sendiri dan dua kakitangan bahagian rawatan dan perubatan.
Jumlah keseluruhan program mobile clinic yang berlangsung selama dua hari di sini, mencatatkan lebih 100 orang pesakit yang berdaftar dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Menurut pesakit, Othman Samsudin, 76, berkata program seperti ini sangat bermakna buat penduduk di sini, yang mempunyai kesulitan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“ Saya duduk di tingkat 10, jadi bila program mobile clinic ini dilakukan, banyak memberi peluang dekat saya untuk lakukan pemeriksaan kesihatan, dan saya tidak perlu pergi tempat yang jauh untuk melakukan pemeriksaan, lagipun pemeriksaan dekat sini percuma, jadi ia jimat untuk kami,” kata seorang pesakit Liew Nget Lee,80

Dalam program yang berlangsung selama dua hari ini, pihak MAPIM turut berikan sumbangan Foodpack sebanyak 100 kotak buat golongan asnaf di sini.

Menurut penduduk Roslan Mamat, 49, dia sudah kehilangan pekerjaan sejak dua tahun lalu, pandemik yang melanda negara sangat beri kesan kepadanya, dengan sumbangan foodpack yang diberikan oleh pihak MAPIM ini sikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

“Alhamdulillah, syukur ada bantuan Foodpack, saya telah kehilangan pekerjaan sejak 2 tahun lalu, sekarang ni dengan berniaga dapat menampung perbelanjaan saya, dengan bantuan sebegini bukan saya saja yang gembira, saya pasti penerima lain juga turut gembira,”katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button