Semasa
Sambutan hari jadi bertukar tragedi, buaya ‘baham’ tuan
UTAH : Sebuah majlis parti ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak bertukar menjadi tragedi apabila seekor buaya menyerang pelatih haiwan di sebuah pusat reptilia di bandar raya Lembah Barat, Utah, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Tragedi itu berlaku pada 14 Ogos di Scales and Tails, Utah.
Dilaporkan buaya itu secara tiba-tiba membaham tangan pelatih ketika sesi pertunjukan dipersembahkan.
Pelatih wanita itu bagaimanapun berusaha untuk melepaskan tangannya tetapi gagal.
Seorang pelawat, Donnie Wiseman bertindak nekad melompat ke dalam air sebelum berbaring dan memeluk badan buaya tersebut bagi membantu pelatih berkenaan mengeluarkan tangan dari mulut buaya tersebut.
Tangan pelatih wanita berkenaan kemudian berjaya dikeluarkan dari mulut buaya tersebut selepas beberapa pengunjung lain turut membantu.
-Sinar Harian
Oleh Nurshazlin Shahrom