ALGIERS : Gurun Sahara yang terkenal dengan cuaca panas sepanjang tahun kini kelihatan diliputi salji selepas mencatatkan penurunan suhu di bawah paras beku.
Daily Mail melaporkan, seorang jurugambar, Karim Bouchetata, merakam imej-imej ompokan salji terdapat di beberapa tempat di bahagian barat Gurun Sahara di barat laut Algeria, pada Selasa lalu.
Gurun Sahara meliputi sebahagian besar Afrika Utara dan telah melalui perubahan suhu serta kelembapan sejak beberapa ratus ribu tahun lalu.
Fenomena di gurun terbesar dunia itu sangat jarang berlaku, di mana suhu kebiasaan yang direkodkan pernah mencecah sehingga 58 darjah Celsius.
Bagi tempoh semalaman, suhu di bandar tersebut jatuh sehingga mencecah -2 darjah Celsius.
Ain Sefra, dikenali sebagai The Gateway to the Desert, dikelilingi Pergunungan Atlas.
Walaupun Sahara sangat kering pada siang, ia dijangka menghijau kira-kira 15,000 tahun lagi.
Menurut laporan, salji yang turun itu adalah kali kelima dalam tempoh 42 tahun yang pernah dialami bandar itu dengan fenomena-fenomena sebelum ini berlaku pada 1979, 2016, 2018 dan 2021.
-AGENSI