KAHERAH: Positif lagi!
Keputusan ujian Covid-19 kali kedua itu menambah tekanan buat Salah, yang berdepan tugas besar.
Persatuan Bola Sepak Mesir berkata bintang superstar Liverpool itu berkemungkinan akan dikecualikan daripada beraksi di pertarungan Liga Juara-juara, Liverpool menentang Atlanta minggu depan.
Selain Salah, rakan sepasukannya, Mohamed Elneny juga disahkan positif Covid-19 bagi ujian kali kedua.
Reds berharap penyerang Mesir itu dapat kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini jika keputusan ujian ketiganya negatif.
Namun ujian ketiga yang dikeluarkan semalam juga positif, umum Persatuan Bola Sepak Mesir .
Posisi Salah bakal diambil alih penyerang Portugal, Diogo Jota jika jurulatih Liverpool, Jurgen Kloop kekal dengan formasi 4-3-3.
Menerusi ucapan di Twitter, Salah berkata:
“Saya berterima kasih pada semua orang kerana mengirimkan pesanan yang mendorong dan mendoakan kesihatan saya. Saya yakin akan kembali ke padang tidak lama lagi.”