Covid19Dunia

Saintis temui strain baharu Covid-19, Deltacron

NICOSIA : Deltacron, satu strain Covid-19 yang menggabungkan varian Delta dan Omicron ditemukan di Cyprus, menurut laporan Profesor Sains Biologi dan Ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis.

“Kami telah mengenalpasti strain baharu yang merupakan gabungan bersama varian Omicron dan Delta.

“Penemuan itu dinamakan ‘Deltacron’ kerana pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta,”katanya.

Sejumlah 25 kes sedemikan telah dikenal pasti dan kekerapan relatif jangkitan gabungan menerusi analisis statistik menunjukkan ia lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19, berbanding yang tidak dirawat di hospital.

Laporan 25 kes Deltacron sudah dihantar ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID), pangkalan data antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam virus, pada 7 Januari.

“Kita akan lihat pada masa hadapan jika strain itu lebih patologi, menular atau jika ia akan mengatasi Delta dan Omicron,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, strain itu akan digantikan oleh varian Omicron yang sangat menular.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button