DuniaSemasa

Rusia mengajukan pertuduhan ke atas Ukraine atas jatuhnya pesawat MH17 milik Malaysia

Keadilan belum terungkap

Moskow : Kecelakaan yang terjadi ke atas pesawat Malaysia Airlines System MH17 pada tahun 2014 masih belum ada pihak yang mahu bertanggungjawab. Pihak Ukraine dan Rusia saling berbalas tuduhan tentang siapa yang menembak jatuh pesawat malang tersebut.

Rusia sudah mengajukan pertuduhan ke atas Ukraine ke Mahkamah Hak Asasi Eropah (ECHR), atas tuduhan menyebabkan insiden tersebut.

Hakim memaklumkan, Ukraine juga dipertanggunjawabkan atas kematian orang awam dalam pemberontakan 2014 di Kiev, yang mengorbankan13,000 nyawa.

Menteri Kehakiman Ukraine, Denys Malyuska mempersendakan pengajuan kes itu dengan mengatakan, Moskow seperti membuat forum dengan pihak kehakiman Eropah yang berpengkalan di Strasbourg itu.

“Dalam pengaduan ke mahkamah, mereka menceritakan tentang semua mitos propaganda Rusia,” tulisnya di Facebook. “Daripada sudut pandang hukum, kekalahan yang sudah tidak dapat dielakkan lagi sedang menunggu mereka.”

Dalam pengajuan tersebut, Moskow menyalahkan Ukraine atas kematian 298 orang dalam pesawat MH17, akibat terkena tembakan peluru berpandu pada Julai 2014.

Menurut Rusia, Kiev enggan menutup wilayah udara di timur Ukraine yang dilanda perang. Namun kenyataan Rusia bertentangan dengan penemuan penyiasat antarabangsa.

Peluru berpandu itu dikatakan berasal dari brigade tentara Rusia, dan empat orang yang terkait dengan pihak pemisah pro-Rusia sedang diadili atas pembunuhan tersebut.

 

Related Articles

Back to top button