PalestinSemasa

Runtuhan perang israel di Gaza ambil masa 15 tahun untuk dibersihkan : PBB

Membersihkan Gaza daripada runtuhan yang disebabkan oleh serangan maut israel akan mengambil masa kira-kira 15 tahun, kata Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

“Ia akan mengambil masa sehingga 15 tahun untuk membersihkan sekitar 40 juta tan runtuhan perang di Gaza,” kata UNRWA, memetik penilaian oleh Program Alam Sekitar PBB (UNEP).

Ia berkata penyingkiran serpihan perang di Gaza memerlukan lebih 100 trak dan menelan belanja lebih $500 juta.

“Puing-puing menimbulkan ancaman maut bagi penduduk di Semenanjung Gaza kerana ia boleh mengandungi senjata yang tidak meletup dan bahan berbahaya,” tambah agensi PBB itu.

Bulan lalu, Radio Tentera israel, memetik pegawai tentera, berkata kira-kira 50,000 bom telah dijatuhkan di Gaza oleh pesawat pejuang israel sejak 7 Oktober lalu, sambil menambah antara 2,000-3,000 bom tidak meletup.

Dalam masa yang sama Hamas dan Fatah akan bertemu di Beijing.

Pegawai kanan dari kumpulan Hamas, yang berperang dengan israel, dan Fatah telah bersetuju untuk bertemu di Beijing bulan ini dalam usaha pembaharuan untuk perdamaian, kata pegawai.

Delegasi Hamas akan diketuai oleh ketua politiknya yang berpangkalan di Qatar Ismail Haniyeh, manakala perwakilan Fatah akan diketuai oleh timbalan ketua Mahmud Alul, kata sumber Fatah.

Kedua-dua kumpulan itu adalah musuh ketat sejak Hamas mengusir Fatah dari Gaza selepas pertempuran maut yang menyusuli kemenangan gemilang Hamas dalam pilihan raya 2006.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button