JHARKHAND : Insiden runtuhan di lombong arang batu terbiar di negeri Jharkhand, timur India telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa.
Menurut laporan media tempatan, kejadian tersebut melibatkan seorang lelaki dan empat wanita yang sedang mengumpul arang batu milik Coal India Ltd, di wilayah Dhanbad semalam,
“Beberapa pelombong arang batu dari kawasan berhampiran setiap hari dan kebanyakannya adalah wanita,” kata ketua pegawai kanan polis Dhanbad, Sanjeev Kumar.
Untuk rekod, Jharkhand menyumbang kira-kira 40 peratus sumber mineral negara, meskipun tergolong antara negeri termiskin di India.
Menjadi kebiasaan bagi rakyat miskin dan pelombong haram mengumpul arang batu atau bahan lain dari tapak perlombongan berbahaya, dan sering ditimpa kemalangan.
-AGENSI