Rundingan jalan keluar krisis Syria diteruskan
Tangani keselamatan makanan, bantuan musim sejuk
NEW YORK : Perhatian khusus isu kemanusiaan harus diberi untuk meningkatkan kemampuan sebagai tindak balas terhadap pandemik COVID-19, menangani cabaran keselamatan makanan dan bersiap sedia dengan peningkatan permintaan bantuan kemanusiaan pada musim sejuk di Syria tidak lama lagi.
Penolong Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Timbalan Penyelaras Bantuan Kecemasan Ramesh Rajasingham, berkata 6.7 juta orang di Syria kehilangan tempat tinggal, sebahagiannya tidak mempunyai tempat perlindungan yang sesuai menjelang musim sejuk.
Tahun ini merupakan tahun ke-10 Syria dibelenggu konflik, sepanjang tempoh itu ratusan ribu kematian dan kecederaan dilaporkan manakala jutaan lagi penduduk terpaksa menjadi pelarian domestik.
Sehubungan itu untuk memastikan kebajikan itu terjaga, Vietnam menyokong pihak yang terlibat untuk meneruskan rundingan penyelesaian jangka panjang bagi Syria dalam rangka kerja Jawatankuasa Perlembagaan Syria, menurut ketua misi Vietnam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Duta Dinh Quy.
Jawatankuasa itu – ditubuhkan setahun yang lalu di bawah PBB bertujuan membentuk perlembagaan baharu – akan menyatukan pihak-pihak terlibat dalam konflik pada sesi keempat yang akan berlangsung dari 30 November hingga 4 Disember di Geneva, lapor agensi berita Vietnam (VNA) .
Dalam ucapannya pada taklimat bulanan PBB mengenai Syria pada Rabu, Quy mengatakan dialog konstruktif harus dikekalkan dan satu-satunya jalan keluar krisis Syria adalah melalui proses politik yang dipimpin Syria menerusi PBB selain menghormati undang-undang antarabangsa , Piagam PBB, kemerdekaan dan kedaulatan wilayah serta integriti Syria.
*INFAQ ANDA
KAMI SAMPAIKAN SENDIRI KEPADA SAUDARA SYRIA DISINI!
Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus untuk tempoh 3 bulan.
Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
________________
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)