DuniaPalestinSemasa

Rumah Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Kiswani diserbu polis Israel

BAITULMAQDIS : Polis Israel memecah masuk rumah pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Kiswani di kejiranan al-Tur Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan bertindak untuk menahannya.

Menurut laporan WAFA, polis turut merampas komputer riba Kiswani dan beberapa dokumen selepas menggeledah rumahnya.

Al-Kiswani pernah ditahan beberapa kali sebelum ini oleh polis Israel tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Penahanan Kiswani dipercayai berkaitan dengan usaha Israel untuk mengancam pegawai dan aktivis Palestin yang cuba menghalang penceroboh Israel masuk ke tempat suci Islam itu.

Fanatik Yahudi berhasrat untuk mencerobohnya semasa sambutan perayaan Yahudi akan datang dan melakukan ritual yang melanggar status quo masjid itu.

Pada Sabtu, penyiar awam Israel KAN berkata pihak berkuasa Israel memutuskan untuk mengusir sejumlah rakyat Palestin dari Masjid Al-Aqsa sebagai persediaan untuk menyambut perayaan Yahudi.

Masjid Al-Aqsa adalah tempat ketiga paling suci di dunia untuk umat Islam. Bagaimanapun, orang Yahudi menggelar kawasan itu sebagai “Gunung Kuil” dan mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.

Israel telah menawan timur Baitulmaqdis semasa Perang Enam Hari 1967 dan kemudian mendudukinya, satu tindakan yang tidak diiktiraf kebanyakan komuniti antarabangsa.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button