SemasaSukan

Rudiger sujud syukur selepas Chelsea jadi juara

Kejayaan pertama pemain pertahanan Muslim The Blues

PORTO :  Setelah sembilan tahun akhirnya penantian Chelsea merangkul juara Liga Juara-Juara tercapai, buat kali kedua.

Jaringan tunggal dari Kai Havertz membantu pasukan Chelsea menumpaskan pasukan Manchester City dengan keputusan 1-0, sekali gus memusnahkan harapan Pep Guardiola untuk menjulang trofi ketiga dalam kariernya sebagai pengurus pasukan.

Biarpun menutup kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat dengan 19 mata ditinggalkan City, namun Chelsea nyata lebih unggul berbanding skuad Citizens apabila menewaskan mereka buat kali ketiga berturut-turut dalam tempoh enam minggu.

Atas rasa gembira atas kejayaan itu, pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger sujud syukur selepas tamat perlawanan dan meraikan kemenangan Chelsea pada padi tadi (30 Mei). Ini merupakan piala Liga Juara-Juara yang pertama bagi beliau.

Di dalam media sosial Ilmfeed, Rudiger berkata datang dengan cara anda, selalu mengingati untuk sentiasa bersyukur kepada Allah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button