Semasa

Ruang udara Ukraine ditutup, keselamatan pesawat terancam

KYIV : Ruang udara negara itu telah disekat untuk penerbangan awam selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan tindakan ketenteraan di timur Ukraine.

Keselamatan pesawat terancam kerana penggunaan senjata dan peralatan ketenteraan di wilayah Donbas.

Agensi Keselamatan Pesawat Eropah (EASA) telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya keselamatan penerbangan di ruang udara sempadan Rusia-Belarus.

Pengawal selia agensi itu menyatakan, terdapat kemungkinan penyasaran bertujuan dan salah kenal pasti pesawat awam.

“Penggunaan pelbagai sistem peperangan darat dan udara menimbulkan risiko tinggi untuk penerbangan awam yang beroperasi di semua tahap ketinggian,” katanya.

Setiausaha Pengangkutan UK Grant Shapps telah menggesa pesawat di udara atau berlepas dari lapangan terbang UK untuk mengelak daripada menggunakan laluan ruang udara Ukraine.

“Saya telah meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UK (CAA) untuk memastikan syarikat penerbangan mengelak ruang udara Ukraine untuk menjaga keselamatan penumpang dan kru,” kata Shapps melalui ciapan akaun Twitternya.

“Kami akan terus berdiri bersama Ukraine dan rakyatnya, dan kami akan bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bertindak balas terhadap tindakan pencerobohan tentera ini,” tambahnya dalam ciapan tersebut.

Beberapa rakaman pengeboman Rusia di lapangan terbang Ukraine telah dimuat naik di Twitter oleh @christogrozev.

[videopress ragW11a3]

 

 

 

[videopress wTdTdmqq]

 

 

Rusia menyasarkan beberapa lapangan terbang Ukraine, termasuk Kyiv Boryspil, Nikolaev, Kramatorsk, dan Kherson, menurut Pusat Komando Tentera Ukraine. Lapangan terbang tentera di Kharkiv kini terbakar, menurut laporan.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button