SOFIA, BULGARIA: Portal Taste Atlas meletakkan roti canai di kedudukan pertama dalam senarai hidangan jalanan (street food) terbaik di dunia.
RANKING UPDATE: https://t.co/yZZkh3QE6W
World’s #streetfoods ranking according to TasteAtlas audience ratings. Opinions? pic.twitter.com/pRb6q5eQmr
— TasteAtlas (@TasteAtlas) September 27, 2022
Dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan pada Rabu di twitter @TasteAtlas , roti canai mengatasi makanan jalanan dari negara lain dengan skor 4.9 untuk berada di tempat pertama.
Dalam deskripsinya, portal tersebut menyifatkan roti canai sebagai ‘roti tradisional Malaysia yang mempunyai tekstur dalaman yang lembut, dan lapisan luar yang rangup‘.
Hidangan negara Asia mendominasi senarai Top 5 dengan Lumpiang Shanghai (Filipina) di tempat ke-2, Karaage (Jepun) di tempat ke-3, Banh Mi (Vietnam) di tempat keempat dan Paratha (India) di tempat ke-5.
Salam and good morning. Breakfast from Sepang, Malaysia. This is we call it the roti canai and roti telur (egg). Normally made by Mamak Restaurants but this is from Malay warung pic.twitter.com/8xiyzBBYbQ
— Dr. Al-Azharri Siddiq Kamunri (@alazharri) December 15, 2018
Roti canai atau roti perata adalah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat, ia biasanya dimakan bukan sahaja pagi malah tengah hari, petang dan malam. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu, kari dan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, iaitu ‘Channal’. Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai penebar roti ini kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.