GENEVA : Nama-nama besar dalam bola sepak dunia telah berkumpul untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye awal minggu ini.
Pemain seperti Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe, Lionel Messi, Erling Haaland, Neymar Jr. dan Eden Hazard telah bersetuju melelong baju jersi mereka bagi mengumpul dana bantuan itu.
Up next @neymarjr
He also wants to contribute earthquake victims with our campaign.
We are selling Neymar Jr's signed jersey by auction!
All proceeds from the auction will be donated to @ahbap to help victims of the earthquake in Türkiye 🇹🇷
thanks to @hakanc10 @gigiodonna1 pic.twitter.com/Org9Z2fwcN
— Merih Demiral (@Merihdemiral) February 10, 2023
Merih Demial, pemain Turkiye dan Atalanta itu telah meminta bantuan pada hari Selasa. Pada hari yang sama dia mengesahkan bahawa bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo bersama Leonardo Bonucci dan Paulo Dybala telah menyumbangkan jersi mereka yang telah ditandatangani untuk dilelong bagi disumbangkan kepada bantuan gempa.
Setakat ini, jersi nombor 7 Juventus Cristiano Ronaldo mendapat tawaran tertinggi sekitar $212,450.
Next one @KMbappe
He wanted to support earthquake victims with our campaign.
We are selling Kylian Mbappe's signed jersey by auction!
All proceeds from the auction will be donated to @ahbap to help victims of the earthquake in Türkiye 🇹🇷
many thanks to @hakanc10 pic.twitter.com/QLuirPPRhZ
— Merih Demiral (@Merihdemiral) February 10, 2023
Selain usaha Demiral, persatuan bola sepak telah berusaha memainkan peranan mereka dalam menderma dana dan keperluan penting kepada mereka yang memerlukan selepas gempa bumi 7.8 magnitud di Turkiye dan Syria pada hari Isnin.
Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada hari Jumaat mengumumkan derma sebanyak 200,000 euro (sekitar $214,000) untuk menyokong usaha kemanusiaan di Turkiye dan Syria. Badan induk bola sepak itu juga mengumumkan derma 150,000 euro (sekitar $160,000) kepada Persekutuan Bola Sepak Turkiye dan 50,000 euro (hampir $54,000) kepada dua organisasi yang membantu mangsa bencana di selatan Turkiye serta Syria.
Seorang warga Pakistan yang tidak diketahui identitinya telah menyumbangkan sejumlah $30M untuk usaha bantuan di Turkiye.
Dengan sumbangan yang diberikan oleh jutawan-jutawan yang berjiwa besar serta prihatin ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terjejas akibat gempa di Turkiye dan Syria sejak Isnin yang lalu.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia