Perdana Menteri dan MAPIM bantu waris mangsa banjir Yan
YAN : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa banjir yang berlaku di sini, baru- baru ini
Sebanyak enam kotak telah diberikan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi menyantuni waris tersebut dan mering
Ismail Sabri turut menzahirkan rasa simpati kepada mangsa menerima dugaan yang berat di mana mereka kehilangan orang tersayang dalam tragedy banjir baru- baru ini.
“Saya berasa simpati terhadap mangsa yang terlibat dengan bencana banjir yang sangat teruk baru-baru ini, jadi kami berbesar hati untuk menyampai sedikit bantuan kepada mereka bagi meringankan beban,” katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan bantuan RM75 juta bagi membaik pulih infrustruktur bencana di Yan dan Merbok.
Menurutnya, peruntukan tersebut diluluskan selepas menerima permohonan daripada kerajaan negeri dan agensi kerajaan berkaitan susulan lawatan kerja pertama setelah dilatik sebagai Perdana Menteri ke-9.
Ummah Today sempat menemu bual salah seorang penerima, Nazirah Wadari, 14 yang menjadi waris kepada ayahnya yang hilang dalam kejadian tanah runtuh ketika banjir baru-baru ini.
“Saya rasa sedih dan terkejut bila dapat tahu ayah hilang. Ayah masa tu dah pergi kerja, tiba-tiba dalam pukul 3.30 petang rakan sekerja ayah telefon bagitau ayah dah hilang, ibu semua satu keluarga sangat terkejut dan menangis apabila mendapat tahu perkara itu,” katanya.
Tambahnya lagi, operasi mencari ayahnya masih lagi sedang berlangsung sehingga ke hari ini dan masih belum dijumpai.
Oleh Hafeez Anuar
_________________________
Sumbangan infaq TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA boleh disalurkan menerusi :
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016