DuniaSemasa

Ribut hujan batu landa Kuwait

BANDAR KUWAIT: Jabatan Meteorologi Kuwait melaporkan ribut hujan batu melanda negara itu, sejak Rabu.

Kejadian ini membuatkan penduduk terutama kanak-kanak di sana gembira memandangkan Kuwait merupakan  negara itu beriklim paling panas di bumi.

“Kami tidak pernah melihat begitu banyak hujan batu semasa musim sejuk dalam tempoh 15 tahun,” kata bekas Pengarah Jabatan Meteorologi Kuwait, Muhammad Karam kepada agensi media AFP.

Dalam pada itu, Karam menjangkakan fenomena itu akan berulang kerana perubahan iklim mengganggu corak cuaca.

Gambar dan video jalan di kawasan selatan yang sebahagiannya diselubungi hujan batu dan ais tersebar dalam talian untuk meraikan peristiwa cuaca yang jarang berlaku itu.

Kanak-kanak dilihat memakai baju hujan dan mengambil ketulan ais di daerah Umm al-Haiman, kira-kira 50 kilometer (km) ke selatan Kuwait City.

Hujan juga melanda sejak Selasa lalu mencecah sehingga 63 milimeter namun cuaca dilaporkan cerah.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button