Dunia

Ribut Eunice landa Poland, empat individu maut

WARSAW : Kejadian ribut Eunice yang melanda Poland telah menyebabkan empat orang maut dan sembilan lagi mengalami kecederaan, kata pegawai pertahanan awam Poland pada Ahad.

Ketua Komander Perkhidmatan Bomba Negeri, Karol Kierzkowski, melaporkan bahawa pasukan bomba campur tangan dalam hampir 25,000 insiden yang disebabkan oleh ribut setakat hari Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Keselamatan Negeri Marek Kubiak memaklumkan bencana itu juga telah menyebabkan 406,686 rumah terputus bekalan elektrik dan merosakkan 5,177 bangunan, tambahnya.

Eunice telah melanda barat laut Eropah pada Jumaat lalu dengan kelajuan angin 200 kilometer sejam (125 mph), menyebabkan sekurang-kurangnya 16 individu maut, banyak harta benda musnah dan ratusan ribu rumah terputus bekalan elektrik.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button