DuniaSemasa

Ribuan jemaah solat tarawih di Masjid Istiqbal

JAKARTA: Indonesia yang merupakan negara majoriti Islam terbesar di dunia, menyambut permulaan Ramadan dengan solat berjemaah besar-besaran di masjid utama di bandar raya ini, selepas sekatan dilonggarkan walaupun kes jangkitan meningkat.

Masjid Istiqlal di ibu kota telah dihadiri oleh ribuan orang yang berkumpul selepas maghrib untuk solat Tarawih, namun masih memakai pelitup muka dan menggunakan aplikasi daftar masuk.

Indonesia bergelut dengan kes COVID-19  tertinggi di Asia sejak dua tahun lalu, namun Ramadan ini,kes jangkitan Kembali pada paras tidak membimbangkan untuk membolehkan perhimpunan besar-besaran diadakan.

“Saya bersyukur akhirnya dapat berkumpul untuk solat Tarawih dan tidak ada sekatan ketat seperti sebelum ini kerana akhirnya kita dapat berdoa bersama-sama,” kata Tri Haryono, 28.

Presiden Joko Widodo pada minggu lalu mengumumkan bahawa mudik akan dibenarkan tahun ini selepas larangan perjalanan berkaitan pandemic menghalang amalan itu sejak dua tahun lalu.

“Situasi COVID yang semakin pulih telah membawa keyakinan kerana bulan Ramadan sudah tiba,” katanya.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button