BAITULMAQDIS : Ahli keluarga kepada remaja lelaki Palestin, Amal Nakhleh, 17, yang ditahan oleh tentera Israel telah menyuarakan kebimbangan terhadap anaknya yang kini sedang menghidapi penyakit kronik.
Bapa kepada Amal yang juga seorang wartawan, Moammar Nakhleh berkata dia amat bimbang tentang kesihatan anaknya dan berkata dia “bersiap sedia untuk menerima apa jua takdir yang akan berlaku.
“Sejak ditahan pada tahun lalu, saya hanya dapat berjumpa dengannya dua kali, termasuk minggu lalu apabila dia memberitahu dia ingin melancarkan mogok lapar,” kata Moammar.
Amal menghidap myasthenia, penyakit neuromuskular yang jarang berlaku, dan menjalani pembedahan pada 2020 untuk membuang tumor dari tulang rusuknya.
Pihak berkuasa Israel menuduh Amal membaling batu ke arah tentera mereka dan telah menahannya selama setahun dalam tahanan pentadbiran.
Peraturan sepert itu membolehkan suspek ditahan tanpa pertuduhan untuk tempoh enam bulan yang boleh diperbaharui sementara siasatan sedang dijalankan.
Kesengsaraan Amal bermula sejak November 2020 apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa Israel di Tebing Barat.
Selepas menonton perlawanan bola sepak, dia keluar bersama rakan-rakannya selepas pulih daripada pembedahan kansernya.
Namun, tanpa belas kasihan Amal telah ditahan selama 40 hari atas tuduhan membaling batu ke arah tentera zionis tetapi kemudian dibebaskan oleh hakim Israel.
Tetapi pada Januari tahun lalu, dia telah ditangkap semula dan diletakkan dalam tahanan pentadbiran, di mana ia telah diperbaharui untuk kali kedua.
Agensi pelarian PBB UNRWA telah membawa kes Amal kepada pihak berkuasa Israel.
“Kami menuntut dia dibebaskan segera daripada tahanan pentadbiran atas dua sebab: keadaan kesihatannya yang sangat serius… dan dia masih di bawah umur,” kata ketua UNRWA Tebing Barat, Gwyn Lewis, kepada AFP.
Amalan penahanan pentadbiran Israel telah dikritik hebat oleh rakyat Palestin, kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan luar, yang mendakwa ia melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel mempertahankan peraturan itu, dengan alasan situasi keselamatan yang kompleks dan tidak menentu di Tebing Barat, perintah penahanan dikeluarkan terhadap mereka yang merancang, mendalangi, memberi laluan serangan yang mereka anggap ‘pengganas’.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia