DuniaKemanusiaanPalestin

Remaja Palestin dibelasah sampai mati

Alami kecederaan teruk pada anggota badan

TEBING BARAT : Seorang remaja lelaki warga Palestin, maut dibesalah oleh tentera Israel.

Seorang saksi menyatakan remaja itu, Amer Abdel-Rahim Sanouber yang berasal dari pekan Yatma, bahagian selatan bandar Nablus telah diserang oleh tentera rejim yang mengawasi tempat kediaman Yahudi.

Remaja, berusia 18 tahun itu maut disebabkan kecederaannya.

Sumber paramedik mengatakan remaja tersebut dibawa ke hospital dengan tanda-tanda serangan di anggota badan terutama pada leher leher dan belakang badan.

Ketua Komples Perubatan Palestin, Ahmed Al Betawi, menyatakan Amer telah mati syahid.

Barisan Ketenteraan Israel dalam kenyataan balasnya berkata bahawa seorang warga Palestin dikejar oleh pasukan tentera dan terjatuh lalu terhentak kepalanya semasa melarikan diri.

Dakwa mereka remaja itu bersama beberapa warga Palestin, membaling batu ke arah kumpulan tentera.

Kesemua perumahan yang dibina oleh Zionis di Tebing Barat termasuk kawasan di timur Baitul Maqdis adalah haram kerana kawasan tersebut dianggap sebagai ‘tanah jajahan’ di bawah undang-undang antarabangsa.

– Terjemahan dari Middle East Monitor oleh Siti Zulaikha Yusri

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button