DuniaPalestin

Remaja Palestin cedera ditembak tentera Israel akhirnya meninggal dunia

TEBING BARAT : Remaja Palestin meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya semasa operasi penangkapan Pasukan Pertahanan Israel di Jenin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Zakarneh, 17, mengalami kecederaan yang teruk selepas terkena tembakan oleh tentera Israel.

Sumber itu berkata, Zakarneh telah menjalani beberapa pembedahan namun gagal untuk diselamatkan dan telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital akibat kehilangan banyak darah.

Serangan itu berlaku apabila kenderaan tentera Israel menceroboh ke kawasan perindustrian di Jenin, dan tiga tentera keluar lalu menembak ke arah sebuah kereta Mazda putih dan terkena pada Zakarneh.

“Mereka hanya mahu membunuh sesiapa sahaja warga Palestin.

“Mereka tidak mengambil kira hak asasi manusia, atau umurnya, atau perasaan ibu bapa dan keluarganya,” kata bapa Zakarneh kepada Wafa pada pengebumiannya hari ini.

Untuk rekod, lebih 20 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sejak Januari, manakala rakyat Palestin telah melaporkan peningkatan keganasan oleh peneroka Israel di Tebing Barat.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button