PalestinSemasa

Remaja Palestin 19 tahun maut ditembak tentera Israel

TEBING BARAT : Seorang remaja Palestin meninggal dunia selepas ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki, kata sumber perubatan Palestin.

Kamel Alawnah, 19, telah ditembak oleh salah seorang tentera Israel di bahagian perut dan tangan lalu disahkan meninggal dunia sehari selepas kejadian akibat mengalami kecederaan yang teruk.

Sumber perubatan Palestin memberitahu AFP bahawa Alawnah cedera di Jaba, sebuah kampung di wilayah Jenin di utara Tebing Barat.

Tentera Israel bagaimanapun enggan memberi ulasan mengenai insiden yang menyayat hati itu.

Untuk rekod, 49 rakyat Palestin telah terbunuh sejak akhir Mac di seluruh Israel dan wilayah Palestin melibatkan orang awam yang dituduh sebagai pengganas oleh Israel.

Ia juga melibatkan seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, ditembak oleh tentera Israel semasa membuat liputan serbuan tentera di Jenin.

Zionis Israel kerap kali melakukan serbuan hampir setiap hari di Tebing Barat, termasuk di dalam dan sekitar Jenin.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button