Covid19DomestikSemasa

Remaja Malaysia lengkap vaksinasi sebanyak 91.1 peratus

KUALA LUMPUR : 91.1 peratus atau 2,834,807 individu daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 di negara ini sehingga semalam.

Menerusi laman web COVIDNOW sebanyak 2,934,891 individu atau 94.3 peratus data yang dikeluarkan, kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang melibatkan populasi kanak-kanak berusia lima hingga sebelas tahun pula, sebanyak 30.9 peratus atau 1,097,425 individu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Populasi dewasa yang telah menerima dos penggalak COVID-19 sebanyak 15,202,158 individu atau 64.6 peratus, manakala 97.5 peratus atau 22,932,696 individu dari populasi tersebut telah lengkap menerima vaksin mereka dan 23,209,324 individu atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menunjukkan sebanyak 64,759 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 20,178, dos kedua 1,736 dan 42,845 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin sebanyak 68,002,567 dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK).

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan dilaporkan 70 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, dengan Perak merekodkan angka tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Selangor (11), Johor (10) dan Kelantan (9).

Manakala, Kedah merekodkan tujuh kes, Sabah dan Negeri Sembilan sebanyak empat kes, Pahang tiga kes, Perlis dan Terengganu masing-masing satu kes.

-AGENSI

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button