BETHLEHEM: Seorang remaja Palestin telah ditembak mati oleh tentera israel semasa serbuan tentera di kem pelarian al-Dheisha, selatan bandar Bethlehem di Tebing Barat yang diduduki pada Selasa.
Sumber keselamatan mengesahkan Adam Ayyad, 15, ditembak dengan peluru hidup di dada dan dibawa ke hospital Beit Jala, di mana dia disahkan meninggal dunia. Menurut sumber, terdapat seorang lagi kanak-kanak ditembak di tangan oleh tentera israel.
Family of Adam Ayyad bid final farewell to their only child who was fatally shot by the lsraeli occupation forces this dawn in Dheisheh camp, Bethlehem. pic.twitter.com/iWKPwMZkpc
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 3, 2023
Tentera israel memecah masuk ke dalam kem dan terus menyerbu rumah-rumah milik Palestin serta mencetuskan konfrontasi, di mana askar melepaskan peluru keluli hidup yang bersalut getah dan tong gas beracun.
Dalam masa sama, pasukan penceroboh zalim itu menahan seorang pemuda selepas menyerbu rumah keluarganya.
"We used to be together, He was a funny friend."
Watch| A Palestinian boy inconsolably cries upon the loss of his friend Adam Ayyad, who was shot dead in the chest by an Israeli live bullet during an Israeli military raid into the Dheisheh refugee camp in Bethlehem. pic.twitter.com/PvLLzftKU1
— Al-Jarmaq News (@Aljarmaqnetnews) January 3, 2023
Dengan pembunuhan Ayyad oleh israel, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel pada pembukaan tahun 2023 ini bertambah kepada 3 orang.
Tentera israel juga telah membunuh Mohammad Samer Houshieh, 22 dan Fouad Mahmoud Abed, 25 semasa serbuan di bandar Kufr Dan, di utara Barat pada Isnin lalu.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini