PalestinSemasa

Remaja di Baitulmaqdis jadi mangsa peluru israel

BAITULMAQDIS: Seorang remaja bernama Omar Abu Mayyalah, 15, telah ditembak oleh israel di Silwan malam tadi menurut Times of Gaza.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata bahawa tentera Israel pernah menahan Omar Abu Mayyalah dan rakannya Adam Zaytoun, 14, pada 19 Mac lalu selepas dan menyerbu bandar Silwan.

Kredit foto WAFA

Manakala, seorang lagi remaja lelaki berumur 14 tahun, Khader Gharab dilaporkan telah ditembak dua kali di lengan dengan peluru hidup oleh israel di Kota Lama Baitulmaqdis.

Ketika remaja yang cedera itu dibawa ke hospital, kedengaran sorakan rakyat Palestin melaungkan, “dengan darah kami dan dengan jiwa kami, kami akan menebus kamu, wahai Aqsa!”

Polis israel telah menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dijajah 2 malam berturut-turut dan menyerang jemaah Palestin di tapak tersebut.

Serangan zionis israel itu telah mencederakan sejumlah jemaah muslim di Al-Aqsa.

Serangan ke atas Al-Aqsa adalah sebahagian daripada keganasan yang dilakukan oleh tentera israel dan bukan hanya berlaku pada bulan Ramadan sahaja.

Serangan yang dilakukan sangat meluas dan memperlihatkan peningkatan serta dijangka lebih banyak keganasan akan berlaku.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button