PalestinSemasa

Rejim Zionis membunuh seorang pemuda Palestin dan mengakibatkan tiga orang cedera

Oleh Wartawan Pelatih – Khairulanwar Dahlan

NABLUS: Seorang pemuda Palestin terbunuh dan 3 orang lagi cedera pada malam Sabtu dalam serbuan tentera Israel di Nablus, utara Tebing Barat yang diduduki.

Sa’ed al-Kuni telah ditembak mati oleh tentera Israel yang menyamar. Pemuda itu sedang menunggang motosikal ketika kejadian tersebut.

Kejadian ini berlaku semasa Israel menceroboh masuk kejiranan Al-Taawon di Nablus.

Tiga lagi rakyat Palestin turut cedera dalam serbuan Rejim Zionis tersebut. Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Dua lagi rakyat Palestin turut ditangkap ketika serbuan Israel di kawasan kejiranan Masaken berdekatan di Nablus.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, tentera penceroboh Israel telah membunuh lebih 140 orang rakyat Palestin sejak awal tahun ini.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button