DUBAI : Qatar tidak mempunyai rancangan untuk menormalisasikan hubungan dengan Syria. Keputusan itu kata Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani berkata pengurusan dan kelakuan negara itu tidak berubah dan Qatar tidak akan meneruskan sebarang hubungan dengan Syria setakat ini.
Sheikh Mohammed Abdulrahman mengulas kemenangan Presiden Syria Bashar Al-Assad bagi penggal keempat. Pilihan raya itu dicemuh oleh pembangkang dan pihak di Barat sebagai satu sandiwara.
Qatar salah satu beberapa negeri serantau termasuk Arab Saudi yang menyokong pemberontakan perang saudara Syria selama sedekad. Setakat ini beberapa negara dilihat berusaha menormalkan hubungan selepas Assad menguasai semula Syria.
Dalam satu temu bual di televisyen Al-Araby yang berpusat di U.K. beliau menyifatkan Assad telah berbuat kejahatan terhadap rakyatnya.
“Setakat ini kami tidak nampak apa-apa untuk penyelesaian politik diterima untuk rakyat Syria… pendekatan dan tingkah laku (rejim) tidak berubah. Tidak ada motivasi bagi kita untuk menjalinkan hubungan kembali dengan rejim Syria pada saat ini. – Menteri Luar Qatar / Sheikh Mohammed bin Abdul Rahman Al-Thani
Kerajaan Syria berkata pada pilihan raya Rabu lalu, negara itu akan kembali berfungsi dengan normal walaupun peperangan itu telah meragut ratusan ribu nyawa dan memaksa 11 juta rakyat Syria berpindah meninggalkan negara itu.